Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S10 Dijangka Dilancarkan Pada 20 Februari 2019

Oleh Aman

Link Copied!

Desas-desus berkenaan dengan Samsung Galaxy S10 bukan sesuatu yang baru. Pelbagai info berkenaan dengannya telah pun sedia tertiris – termasuk beberapa gambar yang memperlihatkan rekaan akhir peranti berkenaan.

Terkini, melalui Gizmodo, ia diperkatakan yang mana Samsung akan memperkenalkan telefon pintar terbaru pada 20 Februari 2019 kelak pada acara mereka tersendiri – lebih awal daripada acara Mobile World Congress yang menjadi kebiasaan untuk pelancaran telefon pintar siri-S ini.

Galaxy S10

Samsung dijangka memperkenalkan tiga telefon pintar dibawah siri Galaxy S10, iaitu Galaxy S10, Galaxy S10 Plus dan juga Galaxy S10 Lite.

Galaxy S10 Lite dijangka menawarkan penawaran asas dengan rekaan skrin mendatar, sementara dua model lagi dijangka menawarkan rekaan skrin melengkung ditepi seperti siri Galaxy S sebelum ini. Galaxy S10 Plus juga dijangka menawarkan kamera belakang sehingga tri-sensor untuk rakaman gambar yang cantik – selain sejumlah ciri premium lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai Galaxy S10 ini yang mana kita mungkin mendengarnya dalam minggu-minggu akan datang.


Komen ()