Carian
Lazada Melantik CEO Baru – Alibaba Kini Memegang 91% Lazada
December 13, 2018 Aman

Lazada hari ini mengumumkan pelantikkan CEO baru untuk syarikat edagang mereka, sekaligus menggantikan Lucy Peng yang dilantik untuk menerajui syarikat berkenaan pada Mac 2018 yang lepas.

Lazada

CEO baru yang akan menerajui Lazada adalah Pierre Poignant, yang mana sebelum ini telah menyertai Lazada sejak 2012 yang lepas. Dengan era edagang yang semakin meningkat pesat di Asia Tenggara, semestinya suatu yang penting dalam melantik mereka yang mempunyai pengalaman lama dalam arena berkenaan di rantau ini.

Langkah ini juga turut akan meneruskan kedudukan Alibaba dalam arena edagang – apatah lagi selepas melabur lebih $4 bilion di Lazada, sekaligus memegang 91% pada syarikat edagang berkenaan.

Komen