Berapakah tab yang anda buka pada pelayar web sekarang? Di desktop pada waktu ini kami mempunyai lebih 30 tab manakala pada telefon pintar sebanyak 10 tab dibuka. Kadang kala ini menyebabkan peranti kekurangan RAM sehingga melambatkan proses kerja yang lain. Menurut laporan Chrome Story, aplikasi Chrome untuk Android bakal menerima menutup kesemua tab secara serentak.
Ikon berbentuk tong sampah ditemui pada Chrome untuk Android. Apabila ia ditekan, kesemua tab yang telah dibuka akan ditutup serentak. Ini adalah sama seperti ikon tong sampah pada skrin multi-tugas Android yang menutup kesemua aplikasi yang dibuka. Bagi insan yang kerap membuka banyak tab dan malas menutup secara manual, ini ialah fungsi yang kami harap hadir dalam masa terdekat.