Cari @ Amanz

Lenovo Z5S Ialah Peranti Pertama Menggunakan Cip Snapdragon 678

Link Copied!

Cip pemproses Snapdragon 678 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm. Namun begitu ia telahpun disahkan akan digunakan pada peranti terkini Lenovo Z5s yang akan dilancarkan pada 18 Disember hadapan. Imej acah rasmi untuk peranti ini telah dikongsi pada laman Weibo rasmi Lenovo di China.

Tidak banyak diketahui mengenai cip ini tetapi besar kemungkinan mempunyai kemampuan di bawah Snapdragon 710. Lenovo Z5s dilengkapi skrin 6.3″, mempunyai sistem tri-kamera pada bahagian belakang, dilengkapi bateri sebesar 3210 mAh dan menggunakan sistem operasi Android Pie. Ia adalah model lebih mampu milik kepada Lenovo Z5 Pro yang dilancarkan bulan lalu dengan pemproses Snapdragon 710.


Komen ()