Vivo Y91i Berharga RM599 Di Malaysia – 6.22-inci Dengan Bateri 4030mAh

Vivo Y91i Berharga RM599 Di Malaysia – 6.22-inci Dengan Bateri 4030mAh

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan pengenalan model telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo Y91i. Ia akan ditawarkan di Malaysia bermula 16 Disember 2018 ini pada harga RM599.

Vivo Y91i

Vivo Y91i hadir dengan skrin 6.22-inci dengan takuk bersaiz kecil, dijana cip Snapdragon 439, memori 2GB RAM dan storan 16GB.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera hadapan 8-megapixel, selain dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 4030mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini bermula 16 Disember ini pada harga RM599.


TIPS & ULASAN