Cari @ Amanz

ASUS ROG STRIX SCAR II GL704 Diperkenalkan Khas Untuk Permainan E-Sukan Penembak Pertama

Oleh Nazrin

Link Copied!

Bersempana dengan pelancaran laptop gaming ASUS ROG Zephyrus S, ASUS Malaysia turut melancarkan sebuah lagi laptop gaming, iaitu model kedua ASUS ROG STRIX SCAR II, dengan model nama GL704.

Dari segi rekaan, laptop SCAR II GL704 ini hadir dengan rupabentuk yang hampir seakan-akan model SCAR II bersaiz 14 inci, dengan perbezaan utamanya ialah bahawa paparan model GL704 ini bersaiz 17 inci, tetapi mengekalkan resolusi paparan pada 1920×1080, dengan kadar segar semula 144Hz.

 

Dari segi spesifikasi, laptop STRIX II GL704 ini dilengkapi CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD PCIe NVME sebanyak 256GB, cakera keras 1TB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060.

Laptop siri SCAR II GL704 ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar serius mengenai permainan e-sukan penembak pertama seperti Counter Strike GO, Overwatch, PUBG dan sebagainya.

Diantara ciri-ciri baru yang hadir pada laptop ini termasuklah sistem penyejukan HyperPro Cooling, perisian ROG Armoury Crate dan juga papan kekunci yang mempunyai kekunci berwarna putih pada kekunci WASD.

Laptop ASUS ROG STRIX SCAR II ini sudahpun tiba di pasaran Malaysia, dan boleh dibeli dari harga RM7599 di kedai-kedai komputer tempatan.


Komen ()