Cari @ Amanz

Pocophone F1 adalah peranti memfokuskan permua daripada Xiaomi. Ia hadir dengan sistem penyejukan cecair, memori sehingga 8GB RAM dan stroran sehingga 256GB. Tidak dinafikan prestasi telefon pintar ini adalah antara yang baik dipasaran pada harga jualannya.

Kini, untuk memfokuskan lagi kehebatan prestasi bermain permua pada Pocophone F1 – Xiaomi hadir dengan Poco Game Development Academy (Poco GDA). Poco GDA adalah satu pasukan khas yang kecil untuk membangunkan permua indie. Pasukan ini belum lagi memulakan sebarang pembangunan, kerana Xiaomi masih merekrut mana-mana pembangun yang berminat.

Pembangun akan bekerjasama dengan pasukan Poco untuk menghasilkan permua. Permua yang dihasilkan akan dipromosikan dengan penjenamaan Poco, pembangun yang berjaya pula akan menerima pelbagai hadiah percuma seperti aksesori atau peranti pintar serta sijil. Pembangun yang menyertai pasukan ini turut akan berpeluang untuk ditaja ke kursus pembangunan di Udemy atau Coursera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd