Cari @ Amanz

OnePlus 6 dan OnePlus 6T adalah peranti mercu OnePlus untuk tahun 2018. Walaupun menerima kecaman dari peminat, peranti ini masih lagi menarik perhatian ramai kerana bahan binaan yang baik, prestasi yang hebat, pengecasan yang pantas dan banyak lagi. Tetapi antara kekurangan OnePlus 6/6T ini adalah, kameranya tidak sehebat dengan peranti mercu yang lain.

Oleh itu, atas permintaan ramai – Moment hadir dengan lensa modular dan kerangka untuk OnePlus 6/6T. Sebelum ini, Moment hanya keluarkan lensa modular dan kerangka untuk peranti Pixel atau iPhone sahaja. Jadi dengan sokongan daripada Moment ini, pengguna OnePlus kelak boleh menggunakan lensa-lensa modular Moment yang menarik seperti yang terbaru Tele 58mm untuk hasil mod bokeh dan zoom yang lebih menarik untuk gambar atau video.

Seperti aksesori Moment yang lain, untuk OnePlus 6/6T harganya juga adalah premium. Kerangka Moment dijual pada harga $29.99 (~RM125) dan lensa-lensa modular boleh didapati pada harga bermula dari $69.99 (~RM293) sehingga $149.99 (~RM627) sahaja. Untuk OnePlus 6 ia sudah pun boleh dibeli hari ini, tetapi untuk OnePlus 6T – ia akan hadir pada bulan Februari 2019 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd