Samsung Dilaporkan Akan Membekalkan Panel OLED Lebih Nipis Dan Ringan Untuk iPhone 2019

Samsung Dilaporkan Akan Membekalkan Panel OLED Lebih Nipis Dan Ringan Untuk iPhone 2019

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Majoriti panel OLED yang digunakan oleh iPhone dibekalkan oleh Samsung. Ia antara penyebab mengapa iPhone X dijual pada harga yang mahal kerana kepakaran menghasilkan panel ini dipegang oleh Samsung. Pada iPhone XS dan XS Max, panel dari LG juga digunakan bagi mengurangkan kos.

Menurut laporan ETNews, Samsung akan membekalkan panel OLED yang lebih nipis dan ringan untuk iPhone 2019. Panel Y-Octa Samsung menggabungkan lapisan yang mengesan sentuhan terus pada panel skrin. Selain menghasilkan skrin OLED yang lebih ringan ia turut mengurangkan kos kerana tidak perlu menggunakan panel mengesan sentuhan berasingan. Panel OLED Y-Octa ini pertama kali digunakan oleh Samsung sejak Galaxy Note 7. Ia kemudian turut digunakan pada Oppo Find X.

Samsung mendominasi pasaran panel OLED bersaiz kecil dan sederhana dunia dengan pegangan 97.6% pasaran. Oleh sebab itu kelebihan dari segi teknologi ini, pesaing seperti Apple menggunakan panel buatan mereka.


TIPS & ULASAN