Carian
Huawei Membangunkan Pengecas Pantas 20W Untuk Peranti Kelas Pertengahan
December 13, 2018 Effi Saharudin

September lalu Huawei memperkenalkan sistem pengecasan pantas SuperCharge 2.0 40W (10V/4A) yang disokong oleh Mate 20 Pro. Dengan pengecas ini, Mate 20 Pro dengan bateri 4200 mAh dapat dicas sepenuhnya dalam masa sejam. Buat masa ini ia hanya disokong oleh peranti mercu terkini Huawei.

Huawei nampaknya tidak melupakan peranti kelas pertengahan dan sedang membangunkan sistem pengecasan pantas dengan kuasa 20W (10v/2A). Ia menggunakan port pengecasan USB-C dan dipercayai akan diperkenalkan pada tahun 2019. Format pengecasan ini sedikit kurang berkuasa berbanding Huawei SuperCharge dengan kuasa 22.5W yang disokong pada P20 Pro misalnya.

Sebelum ini peranti kelas pertengahan hanya menyokong pengecasan 18W (9V/2A) dan peranti kelas permulaan pula hanya 10W (5V/2A).

Komen