Samsung Notebook 9 (2019) Diumumkan Dengan Cip Intel Core-i7
Artikel Berkaitan

Samsung Notebook 9 (2019) Diumumkan Dengan Cip Intel Core-i7

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Komputer riba siri Samsung Notebook 9 ditawarkan kepada pengguna yang memerlukan peranti 2 dalam 1 dengan sokongan stylus, Hari ini model kemaskini untuk tahun 2019 telah diumumkan dengan dua pilihan saiz skrin serta cip Intel Core-i7 generasi kelapan.

Dua model yang ditawarkan hadir dengan skrin sebesar 15″ dan 13.3″ HD penuh, memori sebesar 16GB RAM LPDDR3 dan storan SSD 512GB PCIe NVMe. Bateri yang digunakan pula adalah 54Wh. Model dengan skrin 15″ turut hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 2GB.

Samsung Notebook 9 (2019) mengekalkan penggunaan stylus S-Pen untuk melakukan lakaran terus pada skrin. Sistem audio yang ditala oleh AKG, sistem imbasan cap jari dan imbasan wajah infra merah melengkapi spesfikasi komputer riba ini. Harga masih belum diumumkan tetapi ia akan mula dijual pada Januari 2019.


TIPS & ULASAN