Carian
Keep Notes Dikemaskini Dengan Kanvas Lukisan Yang Lebih Besar
December 13, 2018 Fahim Zahar

Keep Notes atau nama sebelumnya adalah Google Keep adalah antara aplikasi mengambil nota yang ringkas tetapi penuh dengan ciri-ciri menarik. Baik dari membuat senarai, peringatan, integrasi Google Assistant dan boleh selarikan secara rentas-platform.

Kemaskini terbaru, membawakan kanvas lukisan yang lebih besar buat Keep Notes. Jadi bagi mereka yang gemar mengambil nota atau membuat lakaran ringkas menggunakan jari untuk menulis/melukis, kemaskini ini sangat membantu. Kanvas yang besar ini memberi ruang yang banyak serta ruang kanvas ini juga akan semakin besar jika semakin banyak kandungan dilukis atau ditulis. Pengguna hanya perlu menggunakan dua cari picit dan tatal ke bawah untuk teruskan lukisan/tulisan pada ruang yang lebih besar.

Dalam kemaskini ini, beberapa pepijat turut diperbaiki. Jika pengguna yang ingin dapatkan ciri ini, boleh muat turun kemaskini Keep Notes di Google Play Store.

Komen