Apple sebelum ini telah pun menggunakan modem daripada Qualcomm dan Intel pada telefon pintar keluaran mereka. Terkini, menurut laporan baru, ia dikatakan Apple sedang merancang untuk membangunkan modem mereka tersendiri untuk digunakan pada iPhone.
Langkah ini mungkin tidak mengejutkan ramai pihak, memandangkan Apple sedia merancang untuk hadir dengan beberapa cip yang dibangunkan mereka – seperti untuk grafik dan sebagainya.
Menurut penganalisa, ia mungkin mengambil masa sehingga sekitar tiga tahun untuk Apple hadir dengan modem mereka tersendiri pada iPhone. Sekiranya tepat, maka kita mungkin melihatnya seawal 2021 kelak.
Dengan hadir menggunakan cip tersendiri, ia memberikan lebih kawalan kepada pihak Apple, selain sekaligus memudahkan Apple untuk lebih mengoptimasikan sistem operasi mereka – dan menawarkan sokongan yang lebih lama untuknya.