Razer Softminer Diperkenalkan Untuk Membolehkan Pengguna Melombong Mata Ganjaran Razer Pada Masa Lapang

Razer Softminer Diperkenalkan Untuk Membolehkan Pengguna Melombong Mata Ganjaran Razer Pada Masa Lapang

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Razer dan kriptowang bukanlah dua entiti yang asing. Razer pernah memperkenalkan matawang digital melalui Z-Coin sebelum ini, dan Razer menggunakannya sebagai sebuah sistem mata yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai jenis ganjaran.

Terkini, Razer memperkenalkan sebuah perisian melombong kriptowang yang dinamakan Razer Softminer. Perisian ini melombong mata ganjaran Razer Silver, yang boleh digunakan untuk membeli perisian, aksesori dan perkakasan-perkakasan Razer di kedai atas talian Razer.

Razer berkata bahawa mata ganjaran ini bukanlah kriptowang, tetapi pengguna boleh melombongnya melalui perisian Softminer, dan menurut mereka lagi, dengan komputer berkuasa dan sambungan internet yang cukup laju, anda boleh mendapat sehingga 500 Razer Silver sehari.

Apa yang aneh di sini ialah setiap mata ganjaran Razer Silver yang diterima ini mempunyai tarikh luputnya juga, dan melalui laman FAQ Razer Softminer, setiap mata ganjaran harus digunakan dalam 12 bulan selepas Razer Silver tersebut dilombong.

Perisian Razer Softminer kini boleh dimuat turun dari laman web Razer, dan walaupun ia masih di dalam fasa beta, pengguna di seluruh dunia sudah boleh mula menggunakan perisian ini untuk melombong Razer Silver.


TIPS & ULASAN