YouTube Rewind 2018 telah pun dimuat-naik secara rasmi oleh pihak YouTube pada minggu lepas, dan sejak daripada itu, sebanyak 120 juta tontonan telah berlaku. YouTube Rewind merupakan kompilasi pelbagai video dan trend pada sesuatu tahun – tetapi pada tahun ini, video berkenaan tidak disukai oleh ramai penontonnya.
Disebabkan itu, ramai yang menekan pada butang Dislike pada video berkenaan – sekaligus kini menjadikan ia sebagai video yang paling tidak disukai dalam sejarah YouTube, mengatasi video muzik Baby oleh Justin Bieber.
YouTube Rewind 2018 juga mencapai posisi ini dalam masa hanya sekitar seminggu. Hal ini dispekulasi ramai disebabkan oleh ketidak-serasian budaya antara pengguna platform berkenaan dan apa yang ingin disampaikan oleh YouTube sendiri. Malah, ada yang turut melabelkan video YouTube Rewind tahun ini lebih bercorak kepada pemasaran dan bukannya menyambut YouTube seperti tahun-tahun lepas.