YouTube Memerangi Akaun Spam – Angka Pada Saluran YouTube Anda Mungkin Berkurangan Sedikit

YouTube Memerangi Akaun Spam – Angka Pada Saluran YouTube Anda Mungkin Berkurangan Sedikit

Diterbitkan pada Dis 14, 2018 oleh .

Untuk pelbagai perkhidmatan sosial, sering-kali mereka akan melakukan kemaskini kecil yang membuang pelbagai akaun-akaun berbentuk spam. Hal ini sekaligus akan memberikan kesan terhadap akan yang dilanggan atau diikuti oleh akaun spam berkenaan – dimana apabila akaun spam dibuang, angka pengikut atau pelanggan akan sedikit berkurangan.

Terkini, YouTube mengumumkan mereka akan membuang sejumlah akaun spam pada platform mereka pada minggu ini. Hal ini mungkin memberikan impak kepada sejumlah saluran YouTube – dimana anda mungkin melihat pengurangan sedikit pengikut.

Sekiranya anda pemilik saluran YouTube berkenaan, anda akan diberikan notifikasi melalui YouTube Studio jikalau terdapat sebarang akaun spam yang dibuang daripada senarai pelanggan anda.

Berkemungkinan besar, hal ini tidak akan memberikan impak besar kepada pengguna. Walaubagaimanapun, untuk saluran dengan 1000 pelanggan – dan turun kepada bawah 1000 pelanggan selepas kemaskini ini, anda akan perlu membuat permohonan semula kepada program YouTube Partner Program selepas mencapai angka 1000 pelanggan kembali.


TIPS & ULASAN