Taylor Swift Menggunakan Teknologi Pengecaman Wajah Di Lokasi Konsert Bagi Menyaring Penguntit

Diterbitkan pada Dis 14, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Taylor Swift ialah antara penyanyi wanita paling berpengaruh pasca Milenium. Jualan album beliau amat memberangsangkan sehingga mampu memaksa syarikat penstriman muzik untuk menanti beberapa tahun sebelum kesemua katalog album boleh diakses. Kepopularan beliau ini juga membawakan kesan negatif kerana beliau menjadi mangsa penguntit (stalker) yang membahayakan keselamatan.

Bagi memastikan penguntit mematuhi arahan mahkamah untuk tidak datang hampir kepada Swift, sistem pengecaman wajah telah digunakan di lokasi konsert beliau. Pangkalan data yang digunakan akan mengecam wajah ratusan penguntit-penguntit Swift yang dikenali.

Penggunaan teknologi ini terpaksa digunakan kerana terdapat kes penguntit yang menceroboh kediaman beliau sehingga dipenjarakan selama enam bulan. Tetapi pada waktu yang sama membuka perdebatan mengenai teknologi pengecaman wajah dan privasi pengguna yang mungkin disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami