Ini Adalah Tagar Paling Popular Di Instagram Sepanjang 2018

Ini Adalah Tagar Paling Popular Di Instagram Sepanjang 2018

Diterbitkan pada Dis 14, 2018 oleh .

Youtube dan Google telah mengeluarkan senarai topik paling sohor kini sepanjang 2018. Kini tiba giliran Instagram pula berkongsi ulasan tajuk-tajuk sohor kini pada platform perkongsian gambar nombor satu dunia ini. Pertama sekali penuras wajah yang paling banyak digunakan di dalam Stories ialah Heart Eyes.

Pada waktu yang sama ikon hati ❤️ digunakan lebih 14 bilion kali di dalam ruangan komen. Tempat paling gembira di dunia pula ialah Disneyland Tokyo. Antara tagar paling popular untuk tujuan advokasi pula ialah #metoo, #timesup dan #marchofourlives., Di bawah ialah beberapa lagi fakta menarik Instagram sepanjang 2018.

  • Penuras wajah Instagram Stories paling popular : Heart Eyes
  • Pelekat Giphy paling popular di Instagram Stories : Heart Love Sticker – Arata
  • Jumlah emoji ❤️ digunakan di ruangan komen : 14 bilion
  • Lokasi paling gembira di dunia (dengan jumlah emoji ? digunakan di ruangan komen) : Disneyland Tokyo
  • Komuniti sohor kini paling unik : ASMR
  • Tagar komuniti dengan peningkatan tertinggi : #fortnite
  • Komuniti peminat paling popular : BTS (#btsarmy)
  • Tarian paling popular : #inmyfeelingschallenge
  • Tagar advokasi paling popular: #metoo (1.5 juta), #timesup (597K), #marchforourlives (562K)

TIPS & ULASAN