Anda Kini Boleh Melihat Video Memori Anda Sepanjang 2018 Di Facebook

Anda Kini Boleh Melihat Video Memori Anda Sepanjang 2018 Di Facebook

Diterbitkan pada Dis 14, 2018 oleh .

Setiap tahun, Facebook menghimpunkan sejumlah perkongsian menarik untuk setiap pengguna, dan memaparkannya dalam bentuk video. Untuk tahun ini, Facebook meneruskan perkara berkenaan, dan kini setiap pengguna sudah boleh melihat video masing-masing melalui halaman Facebook Memories.

Melalui video yang dijana, ia memperlihatkan perkongsian melibatkan anda di Facebook yang menerima bilangan reaksi dan interaksi yang tinggi. Seperti biasa, anda boleh membuat perubahan dan menyunting video berkenaan dan memilih beberapa memori yang disukai anda untuk ditambah sebelum menerbitkannya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Facebook Memories hari ini, dan melihat sendiri video yang dijana khusus untuk anda untuk tahun ini.

Layari : Facebook Memories



TIPS & ULASAN