Google Assistant Hadir Dengan Dua Dialek Baru, British Dan Australia

Google Assistant Hadir Dengan Dua Dialek Baru, British Dan Australia

Diterbitkan pada Dis 14, 2018 oleh .

Google Assistant adalah pembantu maya daripada Google. Suara pembantu maya Google ini agak realistik dan setakat ini mempunyai lapan pilihan suara iaitu; Red – The Classic (yang asal), Orange – The Sidekick, Amber – The Cheerleader, Green – The Legend (Suara John Legend), Cyan – The Muse, Blue – The Confidant, Purple – The Guide dan Pink – The Announcer. Setiap suara ini mempunyai nada yang berbeza, ada yang lembut, kuat, lantang dan pelbagai lagi. Kemudian, setiap suara ini juga mempunyai cara percakapan yang berbeza dan dialek yang berbeza.

Baru-baru ini, Google menambah dua dialek baru untuk suara Google Assistant. Suara terbaru ini adalah; British Racing Green (dialek British) dan Sydney Harbour Blue (dialek Australia). Dua suara baru Google Assistant ini dihasilkan menggunakan teknologi yang sama dengan lapan suara sebelum ini, iaitu WaveNet DeepMind. Teknologi inilah yang membantu suara-suara Google Assistant seperti bercakap secara semula jadi dan kedengaran realistik.

Jadi, jika anda ingin mempunyai ‘pembantu peribadi’ dengan dialek British dan Australia – kini ia tidak lagi mustahil. Hanya buka tetapan Google Assistant dan pilih suara yang anda gemar. Suara ini akan secara automatik tukar untuk semua peranti/gajet yang mempunyai Google Assistant, termasuk pembesar suara pintar atau Android TV.


TIPS & ULASAN