Cari @ Amanz

Netflix adalah aplikasi penstriman yang menarik. Ia menawarkan pelbagai kandungan menarik dan turut mempunyai siri asli mereka tersendiri melalui Netflix Originals. Netflix juga turut rajin mencuba pelbagai perkara baru seperti fungsi/ciri atau pelan harga yang khusus untuk iPhone.

Terkini, melalui Reddit – beberapa pengguna berasa kecewa selepas Netflix mencuba satu fungsi yang menjengkelkan. Fungsi ini adalah memain semula satu babak menarik. Fungsi ini muncul hanya buat siri Netflix Originals sama ada drama atau filem dan semasa pengguna sedang menonton, pop-up akan muncul dan mencadangkan kepada pengguna jika ingin mainkan semula babak menarik yang mereka baru sahaja tonton. Perkara ini menjengkelkan kerana ia mengganggu pengalaman menonton dan tidak digemari ramai.

Akan tetapi, laporan mengenai fungsi ini hanya daripada beberapa pengguna. Menurut Netflix, mereka hanya ingin mencuba dan ingin mengumpul data dan tidak pasti sama ada fungsi ini akan diperkenalkan kepada orang ramai ataupun tidak. Pembaca Amanz bagaimana? Ada yang dapat fungsi cubaan ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd