Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Qualcomm telah mengumumkan yang mana mereka telah menerima injunksi untuk menghalang jualan sejumlah iPhone di China disebabkan pelanggaran paten.

Paten yang terlibat adalah berkaitan dengan perisian, dimana ia meliputi kaedah aplikasi diuruskan di sesuatu telefon pintar, dan pada masa yang sama satu lagi paten yang melibatkan kebolehan pengguna membuat perubahan dan menyunting gambar pada peranti.

Bercakap kepada Reuters, kini Apple mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini perisian untuk pengguna iPhone di China dalam mengatasi masalah ini. Kemaskini ini dijangka ditawarkan seawal minggu hadapan.

Sama-sama kita nantikan lanjut “perang” antara Apple dan Qualcomm – serta melihat sama ada kemaskini perisian ini akan mengatasi masalah injunksi berkenaan atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd