Cari @ Amanz

Huawei Malaysia Dijangka Membawa Masuk Siri Mate 20 Dengan 8GB RAM Tidak Lama Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei Malaysia hari ini telah menghantar gambar acah, mengatakan akan membawa masuk siri Mate 20 yang lebih “besar, dan pantas” untuk pasaran tempatan.

Huawei Mate 20

Pengeluar peranti terkemuka tersebut turut mengatakan yang mana kelak mereka akan menawarkan siri Mate 20 yang dinaik-taraf kelajuan dan memori untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Hal ini sekaligus memberikan petanda yang mana siri Mate 20 dengan 8GB RAM akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat masa ini, harga jualan dan penawaran penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai hal ini dalam minggu-minggu akan datang.


Komen ()