Carian
OnePlus 6T McLaren Edition Dengan 10GB RAM Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM3388
December 14, 2018 Aman

OnePlus Malaysia kini telah mula mengambil pra-tempahan untuk OnePlus 6T McLaren Edition untuk pasaran tempatan. Melalui penyenaraian pihak OnePlus, peranti ini boleh dipra-tempah pada harga RM3388 dan didapati sekitar 21 Disember 2018 kelak.

OnePlus 6T McLaren Edition merupakan edisi terhad telefon pintar berkenaan, hadir dengan penawaran seumpama OnePlus 6T – tetapi dengan memori sehingga 10GB RAM, storan 256GB, dan turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas Warp Charge 30.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini turut hadir dengan skrin 6.41-inci dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, cip Snapdragon 845, memori 10GB RAM, dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 16MP + 20MP, selain kamera hadapan 16MP. Ia turut dilengkapi dengan sokongan sistem operasi Android 9.0 Pie.

Bagi anda yang berminat, boleh pra-tempah peranti ini di Lazada pada harga RM3388 di Malaysia hari ini.

Komen