Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini mengumumkan penawaran EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie untuk pengguna Honor View 10 di Malaysia – sekaligus menjadikan Honor antara pengeluar peranti terawal di pasaran yang menawarkan kemaskini Android terkini ini.

Honor View 10

Kemaskini ini menawarkan penambah-baikkan pada antaramuka, menawarkan sokongan navigasi berasaskan gesture, paparan antaramuka tetapan pantas yang baru, sokongan kawalan kecerahan skrin secara automatik, dan beberapa ciri baru yang lain.

Honor View 10 juga kini menawarkan sokongan GPU Turbo yang ditambah-baik berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan honor View 10, boleh menyemak kemaskini ini dengan ke halaman Settings > About Phone > System Update.

Honor turut mengumumkan yang mana Honor 10 akan menerima kemaskini sama sekitar 20 Disember 2018 kelak, dan selepas itu adalah Honor Play.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd