Cari @ Amanz

Huawei Mate 20 Kini Menyokong Kandungan HDR Netflix – Cip Kirin 710 Menyokong Pentriman HD

Link Copied!

Berita menarik bagi pengguna peranti Huawei. Hari ini kesemua model Huawei Mate 20 Pro, Mate 20 dan Mate 20 X akhirnya disahkan menyokong penstriman kandungan HDR10 di Netflix. Pada waktu yang sama kesemua peranti yang menggunakan cip Kirin 980 dan Kirin 710 turut secara rasmi menyokong penstriman pada resolusi HD di Netflix.

Selain peranti Huawei, peranti LG Q9 One dan LG X5 kini juga memasuki senarai peranti yang menyokong penstriman HDR10. Sony Xperia XZ3 pula dimasukkan ke dalam senarai peranti yang menyokong penstriman HD. Buat masa ini sokongan kandungan HDR pada peranti Android hanya wujud pada beberapa peranti keluaran Huawei, Honor, Razer, Sasmung dan Sony.


Komen ()