Sejak 2008, Cydia digunakan oleh pengguna iOS yang telah menjalani proses jailbreak untuk memuat turun aplikasi. Ia dibangunkan oleh Jay “Saurik” Freeman bagi membenarkan kustomasi pada iOS yang tidak disokong secara rasmi oleh pihak Apple. Hari ini beliau mengumumkan Cydia Store akan menghentikan operasi pada penghujung 2018.
Pada waktu sistem pembelian telahpun digantung. Penghentian operasi dilakukan kerana ia tidak lagi menguntungkan kepada beliau dan tiada lagi masa untuk menguruskannya. Sejak kebelakangan ini jumlah pengguna peranti iOS yang telah dijailbreak juga semakin berkurangan kerana pengenalan fungsi yang sama pada iOS asli.
Masih adakah di kalangan pembaca Amanz yang melakukan proses jailbreak pada peranti kepunyaan peribadi? Sekiranya ya apakah pendapat anda tentang penutupan Cydia Store?