Cari @ Amanz

Kata laluan yang baik memastikan data peribadi anda tidak akan terjatuh ke tangan individu yang tidak dikehendaki. Dengan pergantungan kita kepada teknologi atas talian, kata laluan yang selamat adalah perlu bagi mengelakkan data peribadi disalahguna oleh pihak tertentu. Pakar keselamatan mengesyorkan penggunaan kata laluan yang panjang, mengandungi nombor serta abjad dan penggunaan huruf besar. Tetapi tidak semua pengguna mengambil serius tentang kata laluan.

Opera SyncSenarai 100 kata laluan terburuk 2018 telahpun dikongsikan oleh SplashData dan sekali lagi “123456” kekal di tangga teratas. Ini ialah tahun ke lapan ia dinobatkan sebagai kata laluan terburuk. Berikut ialah senarai 25 kata laluan terburuk sepanjang 2018. Untuk senarai penuh sila ke pautan di bawah.

  1. 123456
  2. password
  3. 123456789
  4. 12345678
  5. 12345
  6. 111111
  7. 1234567
  8. sunshine
  9. qwerty
  10. iloveyou
  11. princess
  12. admin
  13. welcome
  14. 666666
  15. abc123
  16. football
  17. 123123
  18. monkey
  19. 654321
  20. !@#$%^&*
  21. charlie
  22. aa123456
  23. donald
  24. password1
  25. qwerty123
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd