Carian
Apple Disaman Kerana Dikatakan Berbohong Tentang Kewujudan Takuk Pada iPhone XS
December 15, 2018 Effi Saharudin

Menerusi iPhone X, Apple memperkenalkan penggunaan takuk pada skrin bagi meletakkan sistem imbasan wajah Face ID. Kerana takuk ini, Apple menjadi bahan jenama Internet sehingga Samsung menghasilkan iklan mengejeknya. Tetapi aneh sekali penggunaan takuk kini menjadi ikutan pasaran walaupun dibenci majoriti pengguna. Di California, Apple telah disaman oleh seorang pengguna kerana dikatakan berbohong tentang pengguna takuk.

Saman difailkan oleh Courtney Davis yang merasakan diri beliau ditipu oleh imej iPhone XS yang diiklankan di laman Apple. Kesemua imej di laman Apple tidak menunjukkan takuk pada skrin dan beliau terus melakukan pra-pesanan. Selepas peranti tiba, beliau baru menyedari kewujudan takuk pada skrin. Pada waktu yang sama beliau merasakan Apple berbohong lagi mengenai jumlah pixel pada skrin kerana tidak mengira kehilangan pixel pada takuk serta bucu yang berbentuk bulat.

Nilai saman tidak dinyatakan dan kes masih belum didengari di mahkamah. Pihak Apple masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai saman yang difailkan.

Komen