Cari @ Amanz

Pasar Raya Terapung Pertama Dunia Mula Beroperasi Di Dubai

Link Copied!

Di Thailand anda boleh melawat pasar terapung yang dipanggil talātnām oleh penduduk tempatan. Pelbagai barangan dijual di talātnām dan tahukah anda ia sudah wujud sejak zaman kerajaan Ayutthaya lebih 600 tahun yang lalu. Kerana keunikannya, pasar terapung menjadi tarikan pelancong ke Thailand.

Konsep pasar terapung kini dinaik taraf di Dubai dengan pelancarkan pasar raya terapung pertama dunia. Carrefour Bites and More by the Shore menjual lebih 300 produk kepada pelawat di pantai Kite, Jumeirah Public dan Al Sufouh. Mereka boleh membeli terus menggunakan jet ski atau memesan produk menggunakan telefon. Produk kemudian akan dihantar oleh kakitangan terus ke pantai.

Pasar raya ini menggunakan Aqua Pod yang telah diubahsuai seperti yang kami laporkan awal Januari lalu. Selain pasar raya, pihak berkuasa Dubai turut bercadang menawarkan perkhidmatan “kendera saji terapung” untuk menawarkan makanan panas kepada pelawat.


Komen ()