Cari @ Amanz

Tencent, salah satu syarikat internet terkemuka yang juga menerbitkan pelbagai permua hari ini telah mengumumkan kejohanan PUBG Mobile di Malaysia buat pertama kalinya, yang mana menawarkan hadiah berjumlah RM60,000. Kejohanan ini turut ditaja oleh pihak Vivo dan juga Yoodo.

PUBG Mobile 2018

Dinamakan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018, ia akan melalui peringkat saringan terlebih dahulu di Johor, Sabah, Sarawak dan juga Kuala Lumpur. 4 pasukan terhebat daripada setiap peringkat saringan ini kemudiannya akan bertemu untuk perlawanan akhir di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019 kelak, sekaligus merebut hadiah utamanya.

Berikut merupakan jadual peringkat saringan untuk PMNC ini:
Johor : 22 Disember 2018, Aeon Tebrau City, Johor
Sabah : 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah
Sarawak : 06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak
Kuala Lumpur : 12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, Kuala Lumpur

Perlawanan Akhir : 26 Januari 2019, Vanity Atrium, Sunway Velocity, Kuala Lumpur (16 Pasukan)

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar untuk menyertainya bermula hari ini di laman rasmi PUBG Mobile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd