Cari @ Amanz

Pada tahun ini, kita telah menyaksikan beberapa dompet digital hadir ke pasaran, selain bersaing antara satu sama lain dalam mencuri hati pengguna. Semestinya, untuk memenangi hati pengguna, sesuatu dompet digital perlu menawarkan sokongan yang menyeluruh dan diterima oleh ramai penjual seluruh negara.

Dalam usaha Touch ‘n Go untuk terus menguasai pasaran dalam arena dompet digital, kini mereka mengumumkan kerjasama dengan dua pusat beli-belah terkemuka di Lembah Klang, iaitu MidValley Megamall dan juga The Gardens Mall.

TnG Tealive

Dengan kerjasama ini, ia akan mengalakkan penjual di kedua-dua pusat beli belah ini menerima pembayaran melalui dompet digital Touch ‘n Go. Seperti pelbagai dompet digital lain, pembayaran dilakukan melalui imbasan kod QR. Pihak TnG sendiri menyasarkan sekitar 80% penjual di MidValley Megamall dan The Gardens Mall untuk menerima pembayaran menggunakan dompet digital ini.

Bersempena dengan ini juga, Touch ‘n Go menawarkan tambah-nilai dompet digital mereka secara percuma sebanyak RM10 – yang mana boleh didapati daripada kios di Tingkat 3, Mid Valley Megamall (berhampiran Tealive) dan juga Tingkat 2, The Gardens Mall (berhampiran Starbucks). Tiada sebarang pembelian diperlukan, dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan tambah-nilai sebanyak RM10 ini. Tetapi, pin berkenaan hanya boleh digunakan oleh pengguna dompet digital Touch ‘n Go buat pertama kali sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd