Cari @ Amanz

Kad Nama Steve Jobs Terjual Pada Harga Lelongan Melangkaui RM26,000

Oleh Aman

Link Copied!

Pelbagai produk yang berkaitan dengan Steve Jobs mahupun Apple sering menerima harga yang tinggi – terutamanya sekiranya ia adalah produk lama yang tidak dikeluarkan lagi. Terkini, bersama-sama beberapa perkara yang dilelong baru-baru ini, kad nama Steve Jobs turut dilihat telah dilelong.

Kad nama berkenaan telah terjual pada lelongan mencapai harga $6259 iaitu sekitar RM26,193 mengikut kadar tukaran matawang semasa.

Kad Nama Steve Jobs

Pada awalnya, kad nama berkenaan dijangka terjual pada harga sekitar $500 (~RM2092), tetapi lelongan ini mengejutkan dan berjaya mencapai nilai jualan yang lebih tinggi lagi.

Kad nama berkenaan menyertakan logo warna-warni Apple, selain jawatan Steve Jobs sebagai Pengerusi pada syarikat berkenaan.


Komen ()