Cari @ Amanz

Sokongan Paparan Gambar-Dalam-Gambar Untuk WhatsApp Kini Diaktifkan Untuk Semua Pengguna Android

Oleh Aman

Link Copied!

WhatsApp telah menguji dan memperkenalkan sokongan paparan gambar-dalam-gambar pada aplikasi permesejan mereka sejak beberapa bulan lepas untuk pengguna Android – dan kini ia diaktifkan untuk semua pengguna Android seluruh dunia.

WhatsApp PIP

Melalui fungsi paparan gambar-dalam-gambar, ia membolehkan pengguna untuk mengikuti sesuatu kandungan tanpa perlu meninggalkan aplikasi WhatsApp. Sebagai contoh, sekiranya pengguna menerima pautan YouTube, anda boleh tekan dan menontonnya terus pada aplikasi WhatsApp tanpa meninggalkannya. Antara pautan yang boleh diikuti adalah termasuk video YouTube, Facebook dan juga Instagram.

Langkah ini akan membuatkan pengguna menghabiskan masa yang lebih lama pada aplikasi WhatsApp – selain boleh membincangkan sesuatu pautan dengan mudah tanpa terlepas mengenainya.

Bagi anda yang kerap menggunakan WhatsApp, adakah anda mengemari ciri baru ini?


Komen ()