Valve kini melalui laman sokongan mereka telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan Steam untuk beberapa sistem operasi macOS, termasuk macOS 10.7 (Lion), macOS 10.8 (Mountain Lion), macOS 10.9 (Mavericks), dan juga macOS 10.10 (Yosemite).
Valve mengatakan hal ini kerana Steam bergantung kepada integrasi Google Chrome yang tidak lagi berfungsi pada versi macOS lama. Valve mengatakan Steam akan berfungsi sepenuhnya pada macOS 10.11 sahaja bermula 1 Januari 2019 kelak.
Valve mengalakkan pengguna macOS untuk menaik-taraf sistem operasi mereka kepada versi terbaru untuk kekal menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang ditawarkan platform permainan terkemuka berkenaan.