Cari @ Amanz

Colin Kroll Pengasas Vine Dan HQ Trivia Meninggal Dunia

Link Copied!

Pengasas kepada aplikasi popular Vine dan HQ Trivia Colin Kroll dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi pada usia 34 tahun. Beliau ditemukan tidak sedar diri di kediamannya di New York. Punca kematian dipercayai adalah kerana penyalahgunaan dadah kerana penemuan alatan menghisap dadah berhampiran tubuh.

Colin Kroll bersama Dom Hofmann dan Rus Yusupov membangunkan Vine pada tahun 2013. Kerana kepopularannya di kalangan remaja, ia diambil alih oleh Twitter pada tahun 2012 pada harga $30 juta. Malang sekali pada tahun 2016 perkhidmatan dihentikan kerana kekurangan dana. Dom Hofmann kemudian mengumumkan akan menghidupkan semula Vine sebagai Byte tahun hadapan.

Selepas itu Colin Kroll dan Rus Yusupov membungakan aplikasi kuiz peranti pintar HQ Trivia pula yang menawarkan wang ringgit kepada pemain. Ia menjadi ikutan beberapa pembangun tempatan seperti Dooit.

Kerana kematian Colin Kroll, HQ Trivia tidak akan mengadakan sebarang kuiz hari ini dan mematikan kesemua jenis notifikasi sebagai tanda hormat.


Komen ()