Tidak dinafikan perkhidmatan penstriman filem, drama, siri TV atau pelbagai lagi kandungan menarik kini semakin popular. Antara perkhidmatan yang popular ialah Netflix, iFlix, Hulu, YouTube dan banyak lagi. Ada perkhidmatan yang hanya fokus dengan kandungan K-drama atau J-drama seperti Dim Sum. Disney juga tahun hadapan akan hadir dengan perkhidmatan yang sama yang dinamakan Disney+.
Kini, Netflix sudah mencapai lebih dari 500 Juta muat turun di Google Play Store. Angka ini diperoleh dari muat turun melalui telefon pintar, tablet atau juga Android TV. Angka muat turun tercapai adalah disebabkan muat turun dari luar negara. Kerana carta Google Play Store di Malaysia menempatkan Netflix di tangga yang ke-120 dan iFlix di tangga yang ke-31. Di Amerika Syarikat, Netflix berada di tangga ke-15 jadi – jelas di sini pengguna di Malaysia masih tidak mengenali Netflix sebagai satu platform penstriman yang berbaloi. Untuk peranti iOS, harga pelan bulanan hanya RM49.90 – sedangkan peranti lain perlu melanggan pada harga RM51.
Adakah pembaca Amanz salah seorang daripada pelanggan Netflix? Atau anda masih lagi menonton filem/drama/siri TV secara haram melalui Telegram, Torrent atau pautan-pautan lain?