CIMB : Sistem CIMBClicks Kekal Selamat, Telah Menambah Beberapa Ciri Sekuriti Baru

CIMB : Sistem CIMBClicks Kekal Selamat, Telah Menambah Beberapa Ciri Sekuriti Baru

Diterbitkan pada Dis 17, 2018 oleh .

CIMB kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan pelbagai komen para pengguna di arena web. Bercakap mengenainya, CIMB mengatakan yang mana sistem CIMBClicks adalah kekal selamat, dan semua transaksi pengguna adalah dilindungi.

CIMB turut mengatakan pada penghujung minggu lepas, mereka telah memperkenalkan sokongan sekuriti tambahan- termasuk kebolehan untuk menyokong kata laluan dari 8 aksara kepada 20 aksara, selain menambah sokongan reCaptcha untuk mengelak bot pada sistem.

CIMB FAQ

Komen daripada CIMB ini hadir lanjutan daripada pengguna yang boleh log masuk ke perkhidmatan perbankan dengan menambah beberapa aksara pada penghujung kata laluan sedia ada mereka. Selain itu, kewujudan reCaptcha turut membimbangkan para pengguna. Dengan komen pihak CIMB ini, mungkin para pengguna boleh bertenang dan tidak risau mengenai keselamatan wang simpanan mereka di bank berkenaan.


TIPS & ULASAN