Cari @ Amanz

Swiss Dreams Watch Phone Ditawarkan – Gabungan iPhone XS Max Dan Apple Watch

Link Copied!

Caviar ialah syarikat yang menawarkan edisi mewah peranti pintar terkini. Kerap kali mereka menghasilkan iPhone dengan kemasan emas. Kini mereka menawarkan Swiss Dreams Watch Phone yang merupakan sebuah iPhone XS Max yang digabungkan sebuah Apple Watch Series 4 pada bahagian belakang.

Telefon hibrid dengan jam tangan pintar ini mempunyai kemasan yang diperbuat daripada emas. Tali jam dan kerangka jam juga dibuat daripada bahan yang sama bagi menunjukkan ia sebuah peranti yang amat premium. Bagi yang berminat, Swiss Dreams Watch Phone ditawarkan pada harga  bermula dari $21,070 (~RM 88,000). sebuah. Ia mungkin peranti yang tidak praktikal pernah dihasilkan tetapi ia mungkin sesuai bagi insan yang mencari kelainan dalam kehidupan.


Komen ()