Cari @ Amanz

ASUS Memperlihatkan Kad Grafik ROG STRIX RTX 2080 Ti Edisi Call of Duty: Black Ops 4

Oleh Nazrin

Link Copied!

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti boleh dikatakan diantara kad grafik yang paling berkuasa di pasaran sekarang. Pengguna boleh memilih pelbagai jenis variasi kad grafik ini, tetapi mungkin yang paling menarik ialah kad grafik edisi terhad oleh ASUS dengan kerjasama Call of Duty: Black Ops 4.

ASUS dan Activision bekerjasama untuk mengeluarkan 500 buah kad grafik edisi terhad ASUS ROG STRIX RTX 2080 Ti edisi Call of Duty: Black Ops 4 yang bukan sahaja hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza dari biasa, tetapi juga dilewahjam lebih pantas dari kad-kad grafik yang lain.

Dari segi rekaan, kad grafik ini hadir dengan saiz binaan 2.7 slot pengembangan, manakala tiga kipas penyejuknya hadir dengan logo dan lencana Call of Duty:Black Ops 4. Dalam pada itu sebuah bongkah penyejuk yang diperbuat daripada aluminum menyejukkan semua komponen-komponen yang hadir pada kad grafik tersebut.

Dari segi kelajuan, ASUS menyatakan bahawa kad grafik ini hadir dengan kelajuan Turbo Boost 1665MHz yang membolehkan pengguna menggerakkan permainan Call of Duty: Black Ops 4 mereka pada resolusi dan tetapan-tetapan yang tinggi.

Buat masa ini, pihak ASUS masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan mula menjual kad grafik ini.


Komen ()