Google kerap menguji antaramuka baru untuk pelbagai aplikasi dan perkhidmatan mereka. Kadangkala antaramuka baru ini hanya ujian semata-mata untuk uji jika pengguna berminat ataupun tidak. Ujian ini kadangkala hadir dalam bentuk beta atau secara tiba-tiba melalui kemaskini bahagian pelayan.
Terkini, Google dilihat sedang menguji antaramuka baru untuk Google Assistant. Antaramuka baru ini memperlihatkan ikon Google Lens, papan kekunci dan Google Assistant dalam satu bahagian. Kemudian, ikon Explore dan hab peribadi yang sebelum ini berada di bahagian kiri atas kini berada di bawah kiri dan kanan. Melalui kemaskini antaramuka ini, ia dilihat lebih kemas dan tersusun.
Walau bagaimanapun, ini hanya kemaskini melalui pelayan dan hanya mereka yang terpilih sahaja menerima antaramuka baru ini untuk Google Assistant. Secara peribadi, saya gemar akan rekaan antaramuka sebegini dan mengharapkan Google akan jadikan perkara ini realiti dan bukan ujian semata-mata.