Xiaomi Mi MIX 3 dilancarkan Oktober yang lalu dengan rekaan tubuh melungsur untuk menggunakan kamera hadapan. Kepada pengguna di Malaysia yang menantikan kemunculannya, Xiaomi telah memuat naik imej acah yang memberikan petanda Mi MIX 3 akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Januari ini pada harga jualan bawah RM2500.
MI MIDari segi spesifikasi, peranti ini dilengkapi skrin 6.39-inci berasaskan OLED yang menawarkan rekaan nisbah skrin ke peranti mencapai 93.4%. Telefon pintar ini menggunakan cip Snapdragon 845, dan memori sehingga 10GB RAM. Peranti ini turut hadir dengan pilihan storan sehingga 256GB.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah penggunaan dwi-kamera belakang 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 24MP + 2MP. Bahagian kamera ini turut hadir dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) dalam menjadikan hasil rakaman anda lebih cantik. Selain itu ia menyokong mod rakaman video 960FPS.
Dari segi bateri pula ia hadir dengan bateri sebesar 3200 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4+ dan pengecasan nirwayar. Di China sebuah pengecasan nirwayar disertakan dengan setiap pembelian.