Cari @ Amanz

Motosikal La Moto Volante Boleh Berubah Menjadi Kenderaan Terbang Berkuasa Jet

Link Copied!

Terdapat beberapa motosikal terbang yang telah diperlihatkan. Kesemuanya setakat ini menggunakan sistem tujahan motor elektrik dan kipas yang terbuka. Kerana penggunaan bateri, kesemuanya juga mempunyai jarak penerbangan yang terhad. La Moto Volante ialah sebuah motosikal yang boleh berubah menjadi sebuah kenderaan terbang yang dilengkapi empat enjin jet.

Di dalam video acah di atas, motosikal rekaan Lazareth Auto-Moto ini dilihat bergerak seperti motosikal biasa menggunakan roda. Dua pasang roda ini kemudian terbuka dan menunjukkan empat enjin jet pada bahagian hab. Motosikal terbang ini akan dilancarkan pada 31 Januari 2019. Mungkin pada hari tersebut barulah video ia melakukan penerbangan sebenar akan dapat dilihat.


Komen ()