Cari @ Amanz

Kerajaan hari ini mengumumkan yang mana mereka menyasarkan untuk menaik-taraf semua pengguna perkhidmatan Streamyx kepada Unifi menjelang Mac 2019 kelak.

Naik-taraf ini akan ditawarkan secara percuma tanpa sebarang kos tambahan. Apa pun, pengguna perlulah perlu berada dikawasan yang mempunyai liputan capaian Unifi untuk menerima naik-taraf ini.

TM Streamyx Unifi

Sekiranya berada diluar kawasan, pengguna akan ditawarkan alternatif sama ada naik-taraf sehingga 8Mbps, atau menerima capaian 4G LTE. Kerajaan mengatakan semua naik-taraf akan diberikan secara percuma, jadi berkemungkinan kita akan dapat melihat penawaran pelan 4G LTE melalui Unifi Mobile untuk pelanggan Streamyx tanpa kos tambahan.

Pada masa yang sama, ia turut diumumkan yang mana mereka harga Streamyx masih kekal seperti biasa buat masa ini, dan belum bercadang untuk menurunkannya buat masa ini. Menariknya adalah pengumuman ini hadir daripada pihak kerajaan dan bukannya Telekom Malaysia.

Bagi anda yang menggunakan Streamyx, boleh membuat semakan naik-taraf untuk akaun anda melalui laman web rasmi TM hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd