Cari @ Amanz

Sebuah Peranti Xiaomi Tersenarai Di TENAA – Mungkin Redmi 7 Pro?

Link Copied!

Redmi adalah siri peranti kelas pertengahan Xiaomi. Kesemua peranti Redmi terkenal dengan penggunaan mikroUSB dan bentuk rekaan yang hampir sama antara model-model Redmi lain. Di Malaysia antara siri Redmi yang terkini yang sudah dijual adalah Redmi Note 6 Pro.

Terkini, sebuah peranti misteri yang dikatakan adalah salah satu daripada siri Redmi 7 – iaitu Redmi 7 Pro tersenarai di laman TENAA. Peranti ini dilihat menggunakan skrin 5.84-inci, rekaan takuk kecil seperti OnePlus 6T, mengikut trend peranti Redmi sebelum ini – tidak hairan jika peranti yang dikatakan Redmi 7 Pro ini akan menggunakan panel FHD+. Sayang sekali, bateri peranti ini hanya 2900mAh – agak kecil untuk siri Redmi yang terkenal dengan bateri lebih daripada 3000mAh. Di bahagian belakang kelihatan kamera dwi-lensa dan pengimbas cap jari.

Peranti ini mempunyai nombor model M1901F9T dan menurut sumber M19 di hadapan bermaksud, peranti ini akan dilancarkan pada tahun hadapan. Untuk ketahui bahan binaan apa, Android versi apa, warna yang ditawarkan atau harga jualan, sama-sama kita nantikan kemunculan peranti ini kelak.


Komen ()