Cari @ Amanz

Huawei Nova 4 Kini Rasmi – Hadir Dengan Tri-Kamera 48-megapixel, Skrin Berlubang, Kirin 970

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei hari ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga siri Nova, iaitu Huawei Nova 4.

Telefon pintar ini menawarkan rekaan skrin berlubang – sekaligus menjadi telefon pintar pertama daripada Huawei yang menggunakan panel skrin seumpamanya.

Huawei Nova 4

Dari segi spesifikasi, ia hadir menggunakan skrin 6.4-inci dengan paparan 2310×1080 pixel, dijana cip Kirin 970 seperti pada Nova 3 sebelum ini, menawarkan memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan pilihan sensor sehingga 48-megapixel, selain kamera hadapan 25-megapixel yang terletak pada bahagian skrin berlubang.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 3750mAh yang boleh dicas menggunakan kabel USB-C serta pengecas 18W yang hadir bersama dengannya, selain sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.

Di China, Huawei Nova 4 akan dijual pada harga bermula RMB3099 (~RM1879). Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.


Komen ()