Cari @ Amanz

Kabel USB-C Dash Turut Boleh Digunakan Untuk Pengecasan Warp Charge

Link Copied!

Sejak OnePlus 3 diperkenalkan pada dua tahun lalu, pengecasan pantas baru turut diperkenalkan iaitu Dash Charge. Dash Charge boleh digunakan pada OnePlus 3/3T, OnePlus 5/5T dan OnePlus 6/6T. Setelah enam model telefon OnePlus menggunakan Dash Charging ini, pada OnePlus 6T McLaren Edition – OnePlus memperkenalkan sistem pengecasan yang lebih pantas iaitu Warp Charge.

Warp Charge mempunyai kuasa 30W dan mampu mengecas OnePlus 6T McLaren Edition dalam masa 20 Minit untuk 50% atau kegunaan untuk sepanjang hari. Pengecasan sehingga 100% pula hanya mengambil masa sekitar 1 jam, iaitu jimat 18 minit berbanding Dash. Sayang sekali, Warp Charge hanya disokong pada OnePlus 6T McLaren Edition dan peranti OnePlus lain tidak menyokongnya dan terpaksa menggunakan Dash Charge yang sudah lapuk. Menariknya, pengguna OnePlus 6T McLaren Edition jika sayang untuk gunakan kabel jingga baru yang disediakan – mereka masih boleh menggunakan kabel Dash lama untuk Warp Charge peranti mereka.

Seperti Dash Charge, Warp Charge turut tidak akan menyebabkan suhu peranti panas. Kerana segala kuasa fokus pada bahagian pengecas dan bukannya pada peranti. Menariknya, ketika bermain permua – kuasa pengecasan juga hampir sama dan pengguna tidak akan rasa beza yang ketara ketika mengecas peranti.

Sebab kenapa OnePlus 6T (edisi biasa) dan ke bawah tidak menyokong Warp Charge adalah rekaan bateri. OnePlus 6T McLaren Edition mempunyai mekanisma keselamatan bateri yang baru untuk mengelak dari masalah pemanasan dan untuk menyejukkan peranti. Pengecas Warp Charge jika digunakan pada peranti OnePlus lain, hanya akan menerima kepantasan Dash Charge sahaja.

Jika dibandingkan dengan Oppo atau Huawei, Warp Charge masih lagi perlahan. Ini kerana, Warp Charge hanya 30W – sedangkan Oppo Super VOOC 50W dan Huawei Super Charge adalah 40W. Peminat OnePlus di Malaysia bagaimana, sudahkah anda tabik kepada kepantasan dengan menempah OnePlus 6T McLaren Edition secara rasmi?


Komen ()