Cari @ Amanz

Xiaomi Akan Melancarkan Mijia Photo Printer Minggu Ini – Pencetak Gambar Mudah Alih

Link Copied!

Seperti yang anda semua sudah tahu, Mijia adalah anak syarikat Xiaomi yang menghasilkan pelbagai produk bukan telefon pintar. Mijia telah lancarkan pen, lampu, projektor, tandas, jam dan banyak lagi. Terbaru, Xiaomi dilihat hadir dengan Mijia Photo Printer.

Mijia Photo Printer adalah pencetak gambar mudah alih. Jadi, ia bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Dari segi gambar ia dilihat menyokong cetakan bersaiz 6-inci. Turut terlihat dalam gambar adalah dalam butang kuasa dan lampu indikasi WiFi. Sudah pasti, untuk mencetak sesuatu ia memerlukan sambungan daripada peranti pintar dan menggunakan satu aplikasi khas. Disebabkan ia adalah produk dari Mijia, tidak hairan jika ia menggunakan aplikasi Mijia atau Mi Home.

Xiaomi Mijia Photo Printer bukan sahaja boleh mencetak gambar, tetapi juga kad ID, cetakan polaroid, poskad dan banyak lagi. Xiaomi akan lancarkan pencetak ini pada 19 Disember 2018 dan segala informasi tambahan seperti harga dan tarikh jualan akan diketahui pada waktu itu. Sama-sama kita nantikan.


Komen ()