Google Playground Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Dengan Sokongan ARCore

Google Playground Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Dengan Sokongan ARCore

Diterbitkan pada Dis 17, 2018 oleh .

Sewaktu Pixel 3 diumumkan, salah satu ciri menarik yang hadir eksklusif untuk Pixel 3 adalah Google Playground. Google Playgrounds adalah aplikasi realiti terimbuh dari Google yang mempunyai pelbagai watak, teks menarik dan unik. Antara pek pelekat AR Stickers yang menjadi perhatian ramai adalah Marvel Studios Avengers.

Hanya selepas beberapa minggu, Google Playground hadir untuk kesemua peranti Pixel. Terkini, aplikasi Google Playground ini berjaya diport untuk peranti bukan Pixel. Tetapi dengan syarat, peranti tersebut menyokong ARCore. Port ini dihasilkan oleh dari pembangun Arnova8G2 yang terkenal dengan hasil kerja Gcam beliau. Menariknya, port ini tidak memerlukan pengguna root peranti dan boleh gunakannya selepas memasang fail APK yang disediakan. Berikut adalah senarai AR Stickers yang terdapat dalam Google Playground;

  • Marvel Studios Avengers
  • Pets
  • Signs
  • Sports
  • Stranger Things
  • The Last Jedi
  • Travel
  • Weather

Sebaik sahaja pemasangan berjaya, anda kini boleh berswafoto bersama Iron Man, Hulk, Captain America dan banyak lagi watak-watak comel.

Muat Turun port Google Playgrounds Di Sini


TIPS & ULASAN