Cari @ Amanz

Model Kemaskini Lenovo ThinkPad L390 Dan L390 Yoga Dilancarkan

Link Copied!

Komputer riba Lenovo ThinkPad hadir dalam beberapa konfigurasi dan siri. ThinkPad Siri L adalah edisi lebih mampu milik jika dibandingkan dengan siri X dan P. Hari ini dua model kemas kini untuk Lenovo ThinkPad L390 dan L390 Yoga telah diumumkan dengan beberapa penambahbaikan berbanding model L380 sebelum ini.

Ia masih ditawarkan dengan skrin 13.3″ FHD, pemproses sehingga Intel Core-i7 generasi kelapan, memori sehingga 32GB RAM. storan sehingga 512GB SSD dan bateri sebesar 45Wh. Papan kekunci dan pad sesentuh ThinkPad turut disertakan. Keseluruhan komputer riba melepasi piawaian Mil-Spec yang membuatkannya sesuai digunakan walaupun untuk tugasan luar yang lasak.
Kedua-dua model mempunyai pengimbas cap jari terbina dengan L390 Yoga lebih maju ke hadapan dengan sistem imbasan wajah infra merah. Pelbagai pilihan I/O seperti USB-C, USB-A, Thunderbolt3, HDMI dan pembaca kad mikroSD disertakan. Tiada masalah perlu mencari penyesuai pada siri ThinkPad L390. Ia akan mula dijual bulan ini pada pasaran tertentu dengan harga jualan ThinkPad L390 bermula dari $659 (~RM 2754) dan ThinkPad L390 Yoga bermula dari $889 (~RM 3715).


Komen ()